Cara Pindah Duit Dari Touch n Go eWallet Untuk Terus Masuk Ke Akaun Bank Secara DuitNow Di TNG App

Ikuti blog ini cara untuk pindah duit atau wang dalam akaun Touch n Go eWallet anda secara DuitNow untuk masuk terus duit tersebut ke akaun bank penerima di aplikasi TNG eWallet.

1. Selepas anda buka aplikasi TNG eWallet, pada laman utama ini, tekan pada Transfer.

2. Kemudian, tekan pada DuitNow.

3. Seterusnya, tekan pada Select One ini dan pilih Bank/E-Wallet Account untuk pindah duit terus ke akaun bank penerima.

4. Selepas itu, isikan saja butiran akaun bank penerima seperti nama bank, nombor akaun bank penerima dan jenis pindahan ini. Jika sudah selesai, tekan Next.

5. Seterusnya, ia akan paparkan nama penerima pindahan duit ini. Pada bahagian Amount, isikan jumlah pindahan duit tersebut pada ruangan yang disediakan serta tambahan maklumat lain jika perlu. Sekiranya sudah selesai, tekan Confirm Transfer.

6. Akhir sekali, ia akan paparkan status pindahan duit ini.

Memandangkan pindahan duit ini adalah secara DuitNow, maka duit tersebut akan terus masuk ke akaun bank penerima dalam beberapa saat saja.

Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi dengan pihak Touch n Go.

Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari RHB Mobile Banking
Cara Daftar Masuk Atau Login Ke Akaun Touch n Go eWallet di TNG App

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *