Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari RHB Mobile Banking

Ikuti blog ini cara untuk tambah nilai baki atau top up Touch n Go eWallet anda secara DuitNow Transfer dari akaun RHB Bank menggunakan aplikasi perbankan RHB Mobile Banking.

1. Anda perlu cari dan salin nombor akaun DuitNow Transfer TNG eWallet dengan menekan pada Reload.

2. Selepas itu, tekan pada butang Salin untuk menyalin nombor akaun DuitNow Transfer ini.

3. Selepas itu, anda perlu buka dan log masuk ke aplikasi RHB Mobile Banking. Dan pada laman utama ini, tekan DuitNow Transfer yang terletak ditengah.

4. Kemudian, tekan pada via Account Number untuk pindahan duit menggunakan akaun bank penerima.

5. Pada bahagian Pay To ini, anda perlu scroll ke bawah dan tekan pada Touch n Go Digital.

6. Seterusnya, anda perlu lengkapkan butiran transaksi ini seperti jenis pindahan, nombor akaun DuitNow TNG eWallet penerima, amaun tambah nilai, rujukan penerima, tarikh pindahan dan beberapa maklumat tambahan lain sekiranya perlu. Jika sudah selesai, tekan Next.

7. Kemudian, sahkan butiran transaksi ini adalah betul seperti nama dan nombor akaun TNG eWallet serta amaun tambah nilai dengan menekan pada Submit.

8. Untuk meneruskan transaksi ini, tekan Approve.

9. Akhir sekali, ia akan paparkan status tambah nilai ini. Anda diberi pilihan untuk kongsi atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada Share. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Make New Payment.

Cara Tukar Nombor Passcode Atau Kod Laluan App Setel Bagi Yang Terlupa
Cara Pindah Duit Dari Touch n Go eWallet Untuk Terus Masuk Ke Akaun Bank Secara DuitNow Di TNG App

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *