Cara Login Atau Daftar Masuk Ke App Setel
Aplikasi Setel memudahkan anda untuk membayar parking, pengecas EV dan membayar isian petrol disamping menerima mata ganjaran di Stesen Mesra PETRONAS hanya menggunakan aplikasi ini tanpa perlu lagi beratur di kaunter.
Jadi, dalam blog ini, kami nak tunjukkan cara mudah untuk log masuk ke akaun Setel di telefon masing-masing.
1. Selepas anda buka aplikasi Setel: Pay Fuel, EV & Parking, pada laman ini, anda perlu memilih bahasa dari senarai yang diberikan ini.
2. Seterusnya, masukkan saja nombor telefon yang berdaftar dengan akaun Setel pada ruangan yang disediakan dibawah. Pastikan, nombor yang diisi tadi adalah betul untuk memudahkan anda menerima nombor One Time Passcode atau OTP dari pihak Setel.
3. Sekiranya sudah selesai, tekan Teruskan.
4. Kemudian, jika anda menerima nombor OTP, ia akan secara automatik masukkan nombor OTP yang diterima tadi pada ruangan ini.
5. Akhir sekali, akaun anda telah berjaya didaftar masuk. Bagi anda yang baru pertama kali daftar akaun, ia akan bawa terus ke proses pendaftaran.