Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Dari Akaun Bank BSN Di myBSN Secara DuitNow Transfer
Ikuti blog ini cara untuk tambah nilai baki atau top up Touch n Go eWallet anda secara DuitNow Transfer dari akaun Bank BSN di myBSN melalui pelayar web terus dari telefon anda.
1. Anda perlu cari dan salin nombor akaun DuitNow Transfer TNG eWallet dengan menekan pada Reload.
2. Selepas itu, tekan pada butang Salin untuk menyalin nombor akaun DuitNow Transfer ini.
3. Kemudian, anda perlu layari portal myBSN di pautan www.mybsn.com.my. Selepas itu, anda perlu log masuk ke akaun seperti biasa.
4. Pada laman utama ini, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru atas kiri.
5. Selepas itu, tekan pada Transfer dan Interbank Fund Transfer untuk mula membuat pindahan duit.
6. Pada laman ini, anda perlu lengkapkan maklumat yang diminta seperti jenis pindahan, jenis akaun pindahan dan penerima. Tekan pada bahagian Recipient’s Bank, anda perlu pilih Touch n Go Digital untuk lakukan pindahan ke akaun TNG eWallet.
7. Selepas itu, lengkapkan saja butiran transaksi ini yang lain seperti nama penerima, nombor akaun DuitNow TNG eWallet disalin tadi, jenis transaksi, jumlah pindahan dan beberapa maklumat tambahan lain jika perlu. Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.
8. Pada bahagian Pengesahan ini, sahkan maklumat transaksi yang dipaparkan adalah betul seperti nombor akaun TNG eWallet penerima dan jumlah pindahan tersebut. Untuk teruskan transaksi ini, anda perlu tekan Request TAC dimana dan isikan saja nombor TAC yang diterima pada ruangan yang disediakan.
9. Seterusnya, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat DuitNow.
10. Jika sudah selesai, tekan Confirm.
11. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Anda diberi pilihan untuk cetak atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada Print atau anda juga boleh simpan maklumat akaun penerima tersebagai sebagai Favourite dengan menekan pada Add to Favourite. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Make Another Transfer.