Cara Beli Barang Di Shopee Guna SPayLater

Dalam blog kali ini, kami akan tunjukkan cara gunakan ciri SPayLater atau beli barang dulu, bayar kemudian secara ansuran di akaun Shopee masing-masing. Pastikan anda telah aktifkan SPayLater terlebih dahulu.

1. Selepas anda buka aplikasi Shopee, anda perlu pergi ke laman barang yang ingin dibeli. Kemudian, macam biasa, tekan Buy Now.

2. Selepas itu, anda perlu membuat pilihan barang yang ingin dibeli. Seterusnya, pada bahagian SPayLater ini, anda perlu memilih durasi bayaran ansuran bulanan sama ada untuk sebulan sehingga 6 bulan. Ia juga turut paparkan bayaran bulanan yang perlu dilunaskan bagi setiap tempoh bayaran bulanan tersebut.

3. Sekiranya sudah selesai, tekan Buy Now.

4. Pada laman checkout ini, macam biasa, sahkan butiran pembelian ini seperti alamat penghantaran, penggunaan baucar, jumlah bayaran dan sebagainya. Sekiranya sudah selesai, tekan Place Order dan lengkapkan saja transaksi ini sehingga selesai.

5. Akhir sekali, ia akan paparkan status bayaran tersebut. Anda boleh semak status terkini SPayLater ini dengan menekan pada View my SPayLater.

Nasihat kami disini, berbelanjalah ikut kemampuan demi kesejahteraan hidup.

Cara Daftar Ahli Club 31 Baskin-Robbins Malaysia Melalui Aplikasi | Referral Code 91285375

Comments

  1. Kena activate dulu ke Spaylater ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *