Cara Lakukan Bayaran Guna OCBC Malaysia Mobile Banking App Secara Imbasan Kod QR DuitNow

Cara Lakukan Bayaran Dari Akaun OCBC Menggunakan Aplikasi OCBC Malaysia Secara Imbasan Kod QR DuitNow

1. Pada laman log masuk ini, tekan Scan & Pay.

2. Kemudian, imbas saja kod QR DuitNow bank penerima atau premis perniagaan tersebut. Atau jika anda telah menyimpan gambar kod QR tersebut, boleh tekan Import dan cari imej kod QR tadi.

3. Ia akan paparkan nama akaun penerima tersebut. Selepas itu, isikan jumlah bayaran yang perlu dilakukan. Seterusnya, tekan Next.

4. Kemudian, anda perlu Slide to Pay untuk sahkan transaksi ini.

5. Akhir sekali, ia akan paparkan bukti bayaran tersebut. Anda boleh kongsi atau simpan resit bayaran ini dengan menekan pada Share.

Cara Hasilkan Kod QR Di Aplikasi ShopeePay Untuk Lakukan Bayaran Kepada Peniaga Atau Penjual

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *