
Cara Pindah Duit Dari Akaun Touch N Go eWallet Ke Akaun Bank Lain l TNG DuitNow Transfer
Cara Buat Pindahan Duit Dari Akaun TNG eWallet Anda Ke Akaun Bank
1. Pada laman utama ini, tekan Transfer.

2. Kemudian, tekan Send money.

3. Seterusnya, tekan DuitNow.

4. Selepas itu, tekan Select one dan pilih Bank/E-Wallet Account.

5. Lengkapkan butiran yang diminta seperti jenis bank, nombor akaun bank penerima dan jenis pindahan. Seterusnya, tekan Next.

6. Isikan amaun pindahan duit ini. Kemudian, tekan Confirm Transfer dan isikan nombor PIN akaun TNG eWallet anda sebagai pengesahan.

7. Akhir sekali, ia akan paparkan bukti transaksi ini. Untuk muat turun atau kongsi resit transaksi ini, tekan Share.
