Cara Bayar Guna Aplikasi ShopeePay Dengan Imbas Kod QR DuitNow Dari Peniaga Dan Penjual

Cara Lakukan Bayaran Guna Aplikasi ShopeePay Dengan Mengimbas Kod QR DuitNow Peniaga Atau Penjual

1. Jika anda tekan Scan & Pay, imbas saja kod QR peniaga atau penjual tersebut.

2. Sekiranya anda telah menyimpan gambar kod QR peniaga atau penjual tersebut, boleh tekan Gallery dan cari imej kod QR tadi.

3. Ia akan paparkan nama penerima untuk transaksi ini. Kemudian, isikan jumlah bayaran yang perlu dilakukan. Anda diberi pilihan untuk meletak nota atau tujuan transaksi ini dilakukan. Seterusnya, tekan Next.

4. Pilih kaedah bayaran sama ada menggunakan SPayLater, dompet ShopeePay atau lain-lain. Untuk lebih penjimatan, tekan Voucher dan pilih baucar pilihan anda sekiranya ada. Selepas itu, tekan Pay Now dan lengkapkan saja proses bayaran ini sehingga selesai.

5. Akhir sekali, ia akan paparkan bukti bayaran yang telah dilakukan tadi.

Cara Pindah Duit Dari Akaun Touch N Go eWallet Ke Akaun Bank Lain l TNG DuitNow Transfer
Cara Tukar Bahasa Aplikasi myASNB Kepada English Dari Bahasa Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *