Cara Cipta WhatsApp Group Dan Mengundang Seseorang Ke Kumpulan

Anda boleh mencipta kumpulan WhatsApp sehingga 1024 ahli di dalamnya. Jika kenalan anda tidak mempunyai akaun WhatsApp, anda boleh memilih untuk menghantar pautan undangan melalui SMS kepada mereka.

Cara Untuk Mencipta Kumpulan WhatsApp Dan Mengundang Rakan Anda Ke Dalam Kumpulan Ini

1. Pada laman utama ini, tekan Menu.

2. Tekan New group.

3. Seterusnya, anda boleh mengundang ahli dari senarai rakan WhatsApp anda. Jika sudah selesai, tekan Next.

4. Anda diberi pilihan untuk mencipta nama dan gambar kumpulan. Jika anda pergi ke Group permissions, anda mempunyai tambahan tetapan seperti memberi kebenaran kepada ahli untuk menambah rakan lain dalam kumpulan ini. Sekiranya sudah selesai, tekan Done.

5. Selepas ini, anda dan ahli dalam kumpulan boleh mula sembang dalam kumpulan yang baru dicipta ini.

Cara Topup Atau Tambah Nilai Kredit Prepaid UMobile Guna Nombor PIN Melalui Aplikasi MyUMobile
Cara Padam Atau Tutup Akaun Touch ‘n Go eWallet Anda Buat Selamanya l Delete TNG Account

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *