Cara Untuk Keluar Dari Kumpulan Atau WhatsApp Group Yang Disertai
Apabila anda keluar daripada kumpulan WhatsApp, hanya pentadbir kumpulan akan dimaklumkan bahawa anda telah keluar.
Tiada sesiapa dalam sembang kumpulan akan dimaklumkan. Ciri ini bertujuan untuk membantu pengguna berasa lebih selesa untuk keluar daripada kumpulan yang tidak lagi ingin disertai.
Cara Untuk Keluar Dari Kumpulan WhatsApp Yang Disertai
1. Pertama sekali, anda perlu buka sembang kumpulan yang ingin anda tinggalkan. Kemudian, tekan Menu.
2. Tekan More.
3. Tekan Exit group.
4. Tekan Exit untuk keluar dari kumpulan sembang ini.
5. Setelah anda keluar daripada kumpulan, nama profil yang dipilih dan nombor telefon anda akan ditunjukkan dalam senarai Ahli Terdahulu pada Info Kumpulan.
Bergantung pada tetapan anda, gambar profil anda mungkin juga dipaparkan. Maklumat anda dapat dilihat dalam senarai ini oleh ahli kumpulan, selama hingga 60 hari dari masa anda meninggalkan kumpulan.