Cara Jana Atau Hasilkan Kod QR Akaun WhatsApp Untuk Memudahkan Anda Menambah Kenalan
Rakan dan keluarga anda dapat memasukkan anda sebagai kenalan di WhatsApp dengan mengimbas kod QR WhatsApp anda.
Kod QR anda tidak akan tamat kecuali anda mengeset semula atau memadamkan akaun WhatsApp anda.
Cara Untuk Jana Atau Hasilkan Kod QR Akaun WhatsApp Anda
1. Pada laman utama ini, tekan Menu.
2. Tekan Settings.
3. Tekan butang kod QR ini.
4. Disini, ia akan paparkan kod QR akaun WhatsApp anda. Untuk muat turun gambar kod QR ini atau kongsi kepada rakan, anda boleh tekan pada butang Share yang terletak di atas.
Sebagai peringatan, hanya kongsikan kod QR WhatsApp anda dengan individu yang dipercayai.
Ini kerana, seseorang boleh memajukan kod QR WhatsApp anda kepada orang lain, yang kemudian akan dapat memasukkan anda sebagai kenalan dengan mengimbas kod anda.