Cara Login Dan Daftar Ahli myllaollaoclub Melalui Aplikasi
Melalui aplikasi myllaollaoclub, anda boleh menikmati pelbagai keistimewaan jika berdaftar sebagai ahli seperti mengumpul dan menebus mata ganjaran bagi setiap pembelian melalui aplikasi ini.
Cara Untuk Daftar Ahli myllaollaoclub Melalui Aplikasinya
1. Pada laman utama ini, tekan Login.
2. Tekan Continue With Phone Number.
3. Isikan nombor telefon anda pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Next.
4. Selepas itu, sahkan nombor telefon anda seperti yang dipaparkan adalah betul dengan menekan Send Code.
5. Isikan kod OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan. Seterusnya, tekan Verify.
6. Tekan I’m New Member.
7. Isikan butiran yang diminta seperti nama, kata laluan, emel, jantina dan tarikh lahir. Jika sudah selesai, tekan Submit.
8. Akhir sekali, akaun anda telah berjaya didaftarkan.