Cara Perbaharui Cukai Jalan Kenderaan Di MyJPJ App l Renew Road Tax JPJ Online
Cara Untuk Renew Cukai Jalan Kenderaan Anda Secara Dalam Talian Melalui Aplikasi MyJPJ Di Telefon Masing-Masing
1. Pada laman utama ini, tekan Profil.
2. Tekan Motor Vehicle Licence atau Lesen Kenderaan Motor.
3. Pilih kenderaan anda dari senarai yang dipaparkan.
4. Anda perlu scroll ke bawah dan tekan Renewal atau Pembaharuan.
5. Ia akan paparkan nama pemilik kenderaan, nombor pendaftaran kenderaan dan beberapa maklumat lain berkenaan kenderaan ini. Untuk perbaharui cukai jalan kenderaan anda, tekan Duration dan pilih tempoh. Kemudian, tekan Payment Mode dan pilih kaedah bayaran sama ada secara kad atau perbankan internet. Jika sudah selesai, tekan Pay.
6. Untuk pengesahan bayaran, tekan Yes jika maklumat yang dipaparkan adalah betul seperti nombor pendaftaran kenderaan dan kaedah bayaran. Dan lengkapkan saja proses bayaran ini sehingga selesai.
7. Sekiranya sudah selesai, ia akan paparkan status pembaharuan cukai jalan kenderaan anda. Untuk melihat kemas kini terbaru tempoh luput cukai jalan kenderaan anda, boleh pergi ke bahagian Profil.
Zul
November 24, 2024 - 2:41 pm
Kalau guna myeg boleh juga kan
Admin
November 27, 2024 - 10:04 am
Boleh