Cara Login Atau Log Masuk Ke Akaun MyTax Melalui Aplikasi

MyTax merupakan pusat paparan utama dalam bentuk dashboard bagi informasi cukai kepada pembayar cukai.

Melalui aplikasinya, anda boleh melihat baki cukai dan jumlah bayaran balik dari HASIL.

Cara Login Atau Log Masuk Ke Akaun MyTax Melalui Aplikasi

1. Pada laman log masuk ini, tekan Login.

2. Bagi yang pertama log masuk, tekan First Time Login.

3. Pilih jenis pengesahan identiti dan isikan nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.

4. Tekan Submit.

5. Sahkan frasa keselamatan anda seperti yang dipaparkan dengan menekan Confirm.

6. Seterusnya, isikan kata laluan anda. Bagi yang terlupa, tekan Forgot Password.

7. Tekan Submit.

8. Anda diberi pilihan untuk mengaktifkan log masuk secara biometrik. Selepas ini, anda boleh menyemak baki cukai dan jumlah bayaran balik terus dari aplikasi ini.

Cara Beli Tiket Wayang TGV Cinemas Secara Online Di TGV Mobile App
Cara Withdraw Atau Keluarkan Duit Dari Wallet Luno Dan Transfer Ke Akaun Bank Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *