Cara Beli Tiket Wayang TGV Cinemas Secara Online Di TGV Mobile App
Melalui aplikasi TGV, anda boleh membeli tiket wayang TGV secara online tanpa perlu beratur di kaunter. Ia dapat menjimatkan tenaga dan waktu anda disamping dapat melihat senarai movie yang sedang atau bakal ditayangkan serta waktu tayangan cerita tersebut.
Cara Beli Tiket Wayang TGV Cinemas Secara Online Melalui Di TGV Mobile App
1. Terdapat beberapa cara untuk membeli tiket wayang dari TGV. Salah satu caranya, anda pilih saja mana-mana cerita yang dipaparkan di laman utama ini untuk membeli tiket tersebut. Atau anda juga boleh membuat carian movie tersebut dengan menekan pada Movies.
2. Anda juga boleh memilih lokasi pawagam berhampiran terlebih dahulu, sebagai contoh tekan Cinemas dengan mencari pawagam yang berhampiran.
3. Kemudian, TGV akan menyenaraikan pawagam berhampiran dengan anda, tarikh tempahan tiket dan jenis pawagan. Anda pilih saja mana-mana pawagam mengikut pilihan.
4. Selepas membuat pilhan, ia akan menyenaraikan cerita yang sedang ditayangkan. Anda boleh memilih cerita yang disenaraikan ini.
5. Seterusnya, ia akan paparkan waktu tayangan dan anda perlu memilih dari senarai yang diberikan ini.
6. Selepas itu, ia akan paparkan tempat duduk yang masih tersedia untuk cerita ini. Selepas anda telah membuat tempahan tempat duduk, tekan Book Seat.
7. Pada bahagian ini, anda diberi pilihan untuk memilih jenis tiket mengikut kategori yang disediakan. Setiap jenis tiket ini mempunyai harga dan kelayakan yang berbeza. Pastikan anda telah membuat pilihan yang betul. Jika sudah selesai, tekan Add to Cart.
8. Pada laman ini, anda boleh memilih snek atau makanan yang ditawarkan. Setelah membuat pilihan, tekan butang Continue.
9. Sahkan butiran tempahan tiket anda seperti yang dipaparkan ini adalah betul. Untuk lakukan bayaran, tekan Checkout.
10. Kemudian, anda perlu memilih kaedah bayaran sama ada menggunakan kad, online banking atau eWallet. Selepas membuat pilihan, tekan Submit Payment dan lengkapkan saja proses bayaran ini sehingga selesai.
11. Akhir sekali, ia akan paparkan status pembelian tiket ini.
12. Untuk menggunakan tiket ini, anda boleh saja screenshot laman ini atau pergi ke bahagian My Orders dan gunakan saja maklumat tempahan tiket tersebut seperti kod QR ini untuk diimbas atau disemak oleh staff TGV sebelum membenarkan anda untuk memasuki pawagam.