Cara Order Minuman ZUS Coffee Untuk Pickup Atau Delivery Melalui Aplikasi

Melalui aplikasi ZUS Coffee, anda boleh melihat menu dan memesan minuman serta makanan dari ZUS Coffee dan boleh melakukan penghantaran terus ke rumah anda. Anda juga boleh menebus mata ganjaran melalui aplikasi ini.

Cara Order Minuman ZUS Coffee Untuk Pickup Atau Delivery Melalui Aplikasi

1. Pada laman utama ini, untuk pesanan minuman secara pickup, tekan Pickup.

2. Kemudian, anda perlu memilih lokasi kedai ZUS Coffee berhampiran untuk tujuan pickup ini. Jika sudah selesai, tekan Select This Store.

3. Disini, ia akan paparkan menu dan pilihan minuman serta makanan yang ditawarkan seperti Coffee dan Non Coffee. Setiap minuman dan makanan akan dipaparkan harga sekali.

4. Selepas memilih minuman, anda diberi tambahan pilihan sama ada ingin menukar jenis susu yang digunakan, kadar kemanisan dan kuantiti ais. Untuk memesan lebih dari satu minuman atau makanan, boleh tekan Add To Cart dan kembali semula kepada laman pilihan menu yang ditawarkan untuk menambah pesanan.

5. Manakala, untuk pesan air minuman ini sahaja, tekan Order Now.

6. Pada bahagian Order Confirmation, ia akan paparkan butiran pesanan anda. Untuk kaedah bayaran, tekan Payment Methods.

7. Anda diberi pilihan untuk lakukan bayaran pesanan ini sama ada menggunakan ZUS Balance, perbankan internet, eWallet atau kad kredit.

8. Sekiranya sudah selesai, tekan Confirm.

9. Kemudian, tekan Order Now.

10. Sebagai pengesahan, tekan Confirm.

11. Akhir sekali, ia akan paparkan status pesanan anda dan perincian tempahan tersebut. Untuk pesanan minuman jenis pick up ini, anda hanya perlu tunggu di kedai dan nantikan nombor giliran atau minuman tersebut siap disediakan.

12. Kemudian, tunjukkan saja aplikasi anda perincian pesanan ini di kaunter untuk pengesahan.

Cara Daftar Akaun Aplikasi TBS BTS
Cara Beli Tiket Wayang TGV Cinemas Secara Online Di TGV Mobile App

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *