Cara Daftar Akaun Aplikasi TBS BTS

Aplikasi TBS-BTS memudahkan anda untuk membeli tiket bas secara dalam talian dengan kemudahan digital pas masuk dengan kod QR, melihat masa sebenar ketibaan dan jadual berlepas serta sejarah pembelian tiket bas yang lepas.

Cara Daftar Akaun Aplikasi TBS-BTS

1. Pada laman utama ini, tekan Settings.

2. Kemudian, tekan Sign Up untuk pendaftaran akaun baru.

3. Seterusnya, isikan saja butiran yang diminta seperti alamat emel, nama pengguna dan kata laluan pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Next.

4. Selepas itu, isikan nombor kad pengenalan, nama dan nombor telefon pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

5. Sahkan maklumat seperti yang dipaparkan ini adalah betul dengan menekan pada Register.

6. Kemudian, anda perlu ke emel. Dalam emel ini, tekan pada pautan [here] untuk pengaktifan akaun.

7. Akhir sekali, akaun anda telah diaktifkan.

Cara Beli Tiket Bas Di Aplikasi TBS-BTS
Cara Order Minuman ZUS Coffee Untuk Pickup Atau Delivery Melalui Aplikasi

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *