Cara Beli Tiket Bas Di Aplikasi TBS-BTS
Aplikasi TBS-BTS memudahkan anda untuk membeli tiket bas secara dalam talian dengan kemudahan digital pas masuk dengan kod QR, melihat masa sebenar ketibaan dan jadual berlepas serta sejarah pembelian tiket bas yang lepas.
Cara Beli Tiket Bas Di Aplikasi TBS-BTS
Sebelum itu, pastikan anda telah log masuk ke aplikasi ini. Jika belum berdaftar, anda perlu lakukan pendaftaran akaun terlebih dahulu.
1. Pada laman utama ini, tekan Buy Ticket.
2. Kemudian, anda diberi beberapa pilihan untuk memilih waktu dan lokasi stesen bas perlepasan, destinasi yang ingin dituju atau stesen ketibaan, jenis syarikat bas dan bilangan tiket yang ingin dibeli. Jika sudah selesai buat pilihan, tekan Search Trip.
3. Ia akan paparkan tiket perjalanan bas yang masih tersedia seperti waktu perlepasan. Jadi anda perlu tekan pada trip tersebut.
4. Pada bahagian pemilihan tempat duduk, ia akan paparkan tempat duduk yang telah ditempah dan yang masih tersedia. Jadi anda perlu pilih tempat duduk yang masih tersedia. Sekiranya sudah selesai, tekan Proceed To Payment.
5. Seterusnya, tekan Yes.
6. Pada laman ini, ia akan paparkan beberapa butiran berkenaan trip ini. Pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul. Terdapat dua kaedah bayaran sama ada secara online banking atau kad. Selepas itu, tekan Confirm dan lengkapkan saja proses bayaran ini sehingga selesai.
7. Kira-kira 30 minit masa diperlukan untuk bayaran ini diproses.
8. Untuk melihat semula status pembelian tiket bas ini, anda perlu pergi ke laman utama dan tekan Tab Menu.
9. Kemudian, tekan Purchase History.
10. Selepas itu, tekan tiket bas tersebut.
11. Ia akan paparkan tiket bas anda.