Cara Batal Atau Cancel Money Packet Touch N Go eWallet
Secara ringkasnya, Money Packet membolehkan anda untuk menghantar sejumlah wang kepada keluarga dan rakan-rakan.
Jumlah amaun Money Packet akan dibahagikan secara rawak atau tetap. Ia merupakan cara yang lebih menarik untuk menghantar hadiah melalui Touch ‘n Go eWallet.
Namun, jika anda berubah fikiran, Money Packet ini boleh dibatalkan.
Cara Batal Atau Cancel Money Packet Touch N Go eWallet
Pastikan anda telah melengkapkan pengesahan akaun (eKYC) terlebih dahulu untuk layak membuat Money Packet.
1. Pada laman utama ini, tekan Transfer.
2. Kemudian, tekan Money Packet.
3. Pada laman ini, ia akan paparkan Money Packet yang telah anda cipta serta status perkongsian wang tersebut. Untuk batalkan Money Packet, sebagai contoh kami tekan Equal Money Packet.
4. Seterusnya, tekan Cancel Money Packet.
5. Untuk meneruskan proses ini, tekan Yes.
6. Akhir sekali, Money Packet anda telah dibatalkan.
Jika terdapat sebarang wang yang tidak dituntut atau baki duit dalam Money Packet yang telah tamat tempoh, ia akan dipulangkan secara automatik ke akaun Touch ‘n Go eWallet anda dalam tempoh 24 jam.