Cara Kunci Mesej Dan Chat Di WhatsApp Dengan Kata Laluan Atau Cap Jari | Chat Lock

WhatsApp memperkenalkan fungsi Chat Lock, di mana anda boleh mengunci mesej-mesej terpilih dan mengelakkannya daripada dibaca oleh orang lain.

Cara Kunci Mesej Dan Chat Di WhatsApp Dengan Kata Laluan Atau Cap Jari Bagi Mengelakkan Dibaca Orang Lain

1. Anda boleh memilih mana-mana nama penghantar mesej atau nama kumpulan sembang. Sebagai contoh, kami tekan mesej dari kumpulan Ali Gajet.

2. Pada laman mesej ini, tekan butang Tetapan yang terletak di atas kanan.

3. Selepas itu, tekan Group info.

4. Pada bahagian ini, scroll ke bawah sedikit dan tekan Chat Lock.

5. Untuk mengunci mesej dari kumpulan sembang ini, tekan butang On disebelahnya.

6. Selepas ini, mesej dari sembang kumpulan Ali Gajet telah dikuncikan dan ianya telah disembunyikan dari laman utama mesej WhatsApp.

7. Apabila anda telah mengunci mesej terpilih dengan Chat Lock, ia akan disembunyikan daripada senarai mesej dan akan diletakkan dalam sebuah fail khas yang hanya boleh diakses dengan kata laluan atau pengimbasan cap jari. Mesej yang diterima dalam sembang Chat Lock juga tidak akan dipaparkan dalam pemberitahuan.

8. Untuk pergi semula ke sembang kumpulan Ali Gajet, tekan pada Locked chats. Dan untuk mengakses mesej-mesej ini selepas ia dikunci, anda perlu masukkan kata laluan atau imbas cap jari.

Cara Tambah Nilai Kredit Prepaid Melalui Aplikasi MAE by Maybank2u I Reload And Top Up
Cara Semak Status Pra Sekolah Taska Tadika Yang Berdaftar Dengan KPM Di Sistem ePrasekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *