Cara Tambah Nilai Kredit Prepaid Melalui Aplikasi MAE by Maybank2u I Reload And Top Up
Dengan aplikasi MAE by Maybank2u, ia memudahkan anda untuk membuat transaksi perbankan sama ada untuk lakukan pindahan wang, deposit dana Tabung Haji, pembayaran bil dan sebagainya.
Cara Tambah Nilai Kredit Prepaid Dari Akaun MAE Wallet Di App MAE by Maybank2u
1. Pada laman utama ini, tekan Reload.
2. Anda perlu memilih jenis telco dari senarai yang diberikan ini.
3. Isikan nombor telefon tersebut pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Next.
4. Anda perlu memilih amaun tambah nilai ini dari senarai yang diberikan. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
5. Pada laman pengesahan ini, pastikan maklumat seperti nombor telefon dan amaun tambah nilai adalah betul dengan menekan pada Pay Now.
6. Untuk sahkan transaksi ini, tekan Approve.
7. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Untuk simpan atau kongsi resit transaksi ini, tekan pada Share Receipt.