Cara Pindah Duit atau Transfer Wang Dari Lazada Wallet ke Akaun Lazada Wallet Yang Lain
Selain dari pembelian barangan di Lazada, anda juga boleh membuat pindahan wang dari dompet Lazada Wallet ke akaun bank atau ke akaun Lazada Wallet rakan anda.
Cara Pindah Duit atau Transfer Wang Dari Lazada Wallet ke Akaun Lazada Wallet Yang Lain
1. Selepas anda buka aplikasi Lazada, pada laman utama ini, tekan pada Account yang terletak di penjuru bawah kanan.
2. Anda pergi ke bahagian Lazada Wallet dan tekan pada Wallet ini.
3. Untuk mula lakukan pindahan baki duit yang ada dalam akaun Lazada Wallet anda ke rakan, tekan Transfer.
4. Pada bahagian Transfer ini, anda perlu memilih akaun Lazada Wallet penerima dengan menekan pada Select the recipient. Dan pastikan nombor telefon Lazada Wallet penerima ini telah berdaftar dengan Lazada.
5. Seterusnya, pada bahagian Transfer amount, isikan saja amaun duit yang ingin dipindahkan ke akaun dompet Lazada Wallet rakan anda pada ruangan yang disediakan berserta tujuan pindahan tersebut pada ruangan Add a note.
6. Sekiranya sudah selesai, tekan Transfer.
7. Sahkan transaksi ini adalah betul seperti nama penerima dan nombor telefon dengan menekan pada Yes, continue with transfer.
8. Satu pop up sekuriti PIN akan dipaparkan dan anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi nombor PIN tersebut.
9. Akhir sekali, ia akan paparkan status pindahan duit dari Lazada Wallet sendiri ke pihak ketiga yang telah anda lakukan.
Peringatan, anda perlu lakukan pengesahan akaun Lazada Wallet terlebih dahulu sebelum Lazada membenarkan pindahan ini dilakukan. Boleh rujuk video kami seterusnya untuk lakukan pengesahan akaun ini.