Cara Order KFC Melalui Aplikasi KFC Malaysia
Dengan aplikasi KFC Malaysia, anda boleh memesan makanan di Restoran KFC terlebih dahulu tanpa perlu beratur di kaunter untuk dibawa pulang, pandu lalu, makan di restoran atau untuk penghantaran ke rumah. Melalui aplikasi ini juga, anda akan diberikan pelbagai jenis tawaran seperti penebusan mata ganjaran berbentuk makanan, harga diskaun dan sebagainya.
Cara Order Makanan KFC Untuk Pickup Atau Delivery Melalui Aplikasi KFC Malaysia
1. Pada laman utama ini, ia akan paparkan beberapa maklumat penting seperti lokasi restoran KFC, promosi dan menu. Pada bahagian lokasi restoran KFC, pastikan anda telah memilih bagi Self Collect untuk mengambil pesanan makanan di restoran.
2. Manakala untuk penghantaran, pilih saja Delivery. Dibawahnya pula adalah butang shortcut untuk nagivasi aplikasi ini.
3. Untuk mula membuat pesanan, sebagai contoh, kami tekan pada menu promosi ini, 2 Snack Plate for RM22.
4. Selepas itu, ia akan paparkan pesanan anda. Anda boleh memilih jenis ayam dan sebagainya. Untuk teruskan pesanan ini, tekan butang Add to Cart.
5. Jika anda ingin menambah pesanan, anda boleh saja tekan pada butang Menu dan mula menambah pesanan dari senarai dan pilihan yang diberikan. Anda hanya perlu tekan pada senarai makanan pilihan yang dipaparkan.
6. Seterusnya, jika anda telah selesai membuat pilihan, tekan butang Basket ini untuk mula membayar.
7. Pada laman My Cart ini, pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul seperti lokasi restoran KFC, tarikh pesanan dan menu yang dipesan. Jika anda mempunyai tawaran atau ganjaran, tekan saja pada Offers & Rewards. Sekiranya sudah selesai, tekan Review payment and address.
8. Pada bahagian Checkout ini, pastikan sekali lagi maklumat yang dipaparkan adalah betul. Anda juga diberi pilihan untuk memberi Remarks kepada restoran jika anda mempunyai permintaan tertentu seperti bahagian ayam pilihan dan sebagainya. Untuk bahagian Payment Method, pilih mod bayaran sama ada secara kad, perbankan internet atau eWallet. Jika sudah selesai, tekan Proceed dan lengkapkan saja proses bayaran ini sehingga selesai.
9. Akhir sekali, ia akan paparkan status pesanan anda dan perincian tempahan tersebut. Untuk pesanan makanan jenis pick up ini, anda hanya perlu tunggu di restoran dan nantikan makanan tersebut siap dibungkus. Kemudian, tunjukkan saja aplikasi anda perincian pesanan ini di kaunter untuk pengesahan. Selamat menjamu selera!