Cara Login Dan Daftar Masuk MAE by Maybank2u Untuk Lakukan Transaksi Online Dan Internet Banking
Dengan aplikasi MAE by Maybank2u, ia memudahkan anda untuk membuat transaksi perbankan secara online sama ada untuk lakukan pindahan wang, pembayaran secara kod QR, tambah nilai, bayaran bil, semak transaksi perbankan dan pelbagai jenis urusan terus dari telefon anda.
Cara Log In Dan Daftar Masuk MAE by Maybank2u Untuk Lakukan Transaksi Online Dan Internet Banking
1. Pada laman utama ini, untuk mula daftar masuk ke akaun Maybank2u anda, tekan Log In Now.
2. Tekan Existing M2U/MAE user? Log in here.
3. Isikan nama pengguna akaun Maybank2u anda. Jika sudah selesai, tekan Continue.
4. Sahkan gambar dan frasa keselamatan seperti yang dipaparkan adalah betul dengan menekan pada Yes, It’s Mine.
5. Isikan kata laluan akaun Maybank2u anda. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
6. Anda dikehendaki untuk mencipta 6 digit PIN keselamatan.
7. Dan sekali lagi, isikan 6 digit PIN keselamatan yang dicipta tadi untuk pengesahan.
8. Pada laman ini, anda diberi pilihan untuk mengaktifkan sekuriti biometrik untuk log masuk ke aplikasi ini dengan menekan pada Enable Now.
9. Jika nombor telefon anda seperti yang tertera ini, tekan Yes, Proceed.
10. Selepas itu, isikan pula nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan.
11. Anda diberi pilihan untuk guna nama panggilan atau singkatan dalam urusan aplikasi MAE ini.
12. Seterusnya, anda perlu memilih akaun utama dari senarai yang diberikan ini untuk urusan transaksi seperti pembayaran QR.
13. Pada laman ini, tekan saja Skip jika anda tidak mempunyai referral code.
14. Akhir sekali, akaun Maybank2u anda telah berjaya log masuk.