Cara Aktif Secure2u Untuk Pengesahan Transaksi Perbankan Internet Maybank Di MAE by Maybank2u

Secure2u merupakan ciri keselamatan dalam talian yang dipertingkatkan untuk Perbankan Internet Maybank. Melalui aplikasi MAE by Maybank2u, ia membolehkan anda mengesahkan transaksi Perbankan Internet Maybank dengan selamat dan lancar melalui peranti mudah alih yang berdaftar.

Cara Aktif Secure2u Untuk Pengesahan Transaksi Perbankan Internet Maybank Di MAE by Maybank2u

1. Pada laman utama ini, tekan pada Secure2u dan log masuk ke akaun Maybank2u anda seperti biasa.

2. Tekan Activate Now.

3. Sahkan nombor telefon anda seperti yang dipaparkan adalah betul dengan menekan pada Confirm untuk menerima nombor OTP.

4. Kemudian, isikan pula nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan. Tekan Next.

5. Selepas itu, isikan nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan. Tekan Continue.

6. Tekan Continue untuk sahkan nama peranti atau model telefon anda seperti yang dipaparkan.

7. Akhir sekali, ia akan paparkan status pengaktifan ini.

Sebaik sahaja anda telah mengaktifkan Secure2u sebagai mod pengesahan, ia akan menjadi kaedah tetap untuk meluluskan semua transaksi perbankan internet Maybank anda menggantikan SMS TAC yang lebih berisiko dan terdedah dengan kes penipuan.

Cara Login Dan Daftar Masuk MAE by Maybank2u Untuk Lakukan Transaksi Online Dan Internet Banking
Cara Tambah Nilai Kredit Prepaid Celcom Guna Nombor PIN Di App Celcom Life Atau Top Up Secara Dial *122*#

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *