Cara Tuntut Dan Tebus Kredit eMADANI eTunai RM100 Di Setel App
Pastikan anda telah memenuhi syarat permohonan eMADANI untuk dapatkan kredit e-Tunai sebanyak RM100 ini. Antara syarat wajib yang perlu anda penuhi seperti warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas, berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah dan belum menuntut eBelia Rahmah pada tahun 2023.
Cara Mohon Dan Tebus Kredit eMADANI eTunai RM100 Di Setel Wallet l Claim eMADANI Credit
1. Pada laman utama ini, untuk mula tebus kredit eMADANI sebanyak RM100, tekan pada RM100 eMADANI ini.
2. Selepas itu, tekan pada Claim Now.
3. Seterusnya, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat tersebut.
4. Dan tekan Continue.
5. Kemudian, ia akan bawa anda ke laman pendaftaran permohonan eMADANI ini. Isikan saja butiran yang diminta seperti alamat, jantina, bangsa, status pendidikan, anggaran pendapatan bagi yang bekerja dan jenis industri pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Submit.
6. Akhir sekali, ia akan paparkan status permohonan anda.