Cara Tambah Nilai Kredit Prepaid Guna Lazada Wallet Melalui Aplikasi Lazada

1. Pada laman utama ini, tekan pada Account yang terletak di penjuru bawah kanan.

2. Kemudian, anda pergi ke bahagian Lazada Wallet dan tekan pada Wallet ini.

3. Pastikan anda mempunyai duit yang mencukupi dalam dompet Lazada untuk lakukan tambah nilai ini. Pada laman ini, tekan pada Mobile Top Up.

4. Seterusnya, isikan saja nombor telefon tersebut pada ruangan yang disediakan.

5. Selepas itu, anda perlu pilih mobile operator atau telco dari senarai yang diberikan ini.

6. Kemudian, anda perlu pilih amaun tambah nilai ini dari senarai yang diberikan. Jika sudah selesai, tekan Buy Now.

7. Pada laman ini, sahkan maklumat tambah nilai ini adalah betul seperti nombor telefon penerima dan amaun tambah nilai tersebut. Sekiranya anda mempunyai kod baucar, boleh isikan kod tersebut pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Place Order.

8. Terdapat beberapa kaedah bayaran top up yang boleh dilakukan iaitu secara kad, online banking dan eWallet. Sebagai contoh, kami tekan pada Lazada Wallet untuk pembayaran secara Wallet sendiri. Jika sudah selesai, tekan Pay Now.

9. Akhir sekali, ia akan paparkan status tambah nilai tersebut. Untuk lihat perincian transaksi tambah nilai ini, anda boleh tekan pada View Order.

Cara Tambah Nilai Atau Top Up Duit Dalam Lazada Wallet Di Lazada App
Cara Tetapkan Sekuriti PIN Keselamatan Akaun Lazada Wallet

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *