Cara Tambah Nilai Atau Top Up Duit Dalam Lazada Wallet Di Lazada App
1. Pada laman utama ini, tekan pada Account yang terletak di penjuru bawah kanan.
2. Kemudian, anda pergi ke bahagian Lazada Wallet dan tekan pada Top Up.
3. Pada laman ini, untuk mula tambah nilai duit ke dalam akaun Lazada Wallet, anda isikan saja amaun top up tersebut pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Proceed.
4. Terdapat beberapa kaedah bayaran top up yang boleh dilakukan iaitu secara kad, online banking atau dikedai seperti 7eleven dan 99 Speedmart.
5. Sebagai contoh, kami tekan pada Online Banking untuk pembayaran secara internet banking dengan memilih jenis bank dari senarai yang diberikan ini. Dan lengkapkan saja proses bayaran ini sehingga selesai.
6. Akhir sekali, ia akan paparkan status tambah nilai ini.