Cara Dapatkan Laporan CCRIS Dan Muat Turun Secara Online Melalui Akaun eCCRIS Di eccris.bnm.gov.my

Laporan CCRIS memberi maklumat penting mengenai tahap kredit anda termasuk maklumat terperinci hutang, pinjaman dan sebagainya.

Laporan ini juga digunakan oleh pihak bank di Malaysia untuk menilai kelayakan kredit dan keupayaan pembayaran balik individu atau syarikat.

Bagi pengguna baharu, anda boleh mendaftar terus untuk eCCRIS secara online melalui laman web eCCRIS.

Cara Dapatkan Laporan CCRIS Dan Muat Turun Secara Online Melalui Akaun eCCRIS Di eccris.bnm.gov.my

1. Anda perlu layari laman web eCCRIS di pautan https://eccris.bnm.gov.my/.

2. Pada laman log masuk ini, daftar masuk ke akaun anda seperti biasa.

3. Pada laman utama ini, untuk dapatkan laporan CCRIS anda, tekan pada Enquiry.

4. Kemudian, tekan Self-Enquiry – Individual.

5. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari eCCRIS.

6. Jika sudah selesai, tekan Report Enquiry.

7. Seterusnya, ia akan paparkan laporan CCRIS anda.

8. Untuk cetak atau muat turun laporan ini, tekan butang Download.

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, boleh terus hubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.

Cara Tuntut Dan Tebus Kredit eMADANI eTunai RM100 Di Setel App
Cara Tambah Nilai Atau Top Up Duit Dalam Lazada Wallet Di Lazada App

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *