Cara Tuntut Dan Tebus Kredit eMADANI eTunai RM100 Di Touch n Go eWallet

Pastikan anda telah memenuhi syarat permohonan eMADANI untuk dapatkan kredit e-Tunai sebanyak RM100 ini. Antara syarat wajib yang perlu anda penuhi seperti warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas, berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah dan belum menuntut eBelia Rahmah pada tahun 2023.

Cara Tuntut Dan Tebus Kredit eMADANI eTunai RM100 Di Touch n Go eWallet

1. Pada laman utama ini, untuk mula tebus kredit eMADANI sebanyak RM100, tekan pada eMADANI ini.

2. Tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat tersebut.

3. Jika sudah selesai, tekan Tuntut Sekarang.

4. Sahkan maklumat peribadi anda seperti yang dipaparkan ini adalah betul dengan menekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat tersebut.

5. Sekiranya sudah selesai, tekan Teruskan.

6. Kemudian, ia akan bawa anda ke laman pendaftaran permohonan eMADANI ini. Isikan saja butiran yang diminta seperti alamat, jantina, bangsa, status pendidikan, pekerjaan, anggaran pendapatan dan jenis industri pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Hantar.

7. Akhir sekali, ia akan paparkan status permohonan anda.

Cara Log Masuk Akaun eCCRIS Di eccris.bnm.gov.my Untuk Semak Laporan CCRIS
Cara Tuntut Dan Tebus Kredit eMADANI eTunai RM100 Di MAE by Maybank2u eWallet

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *