Cara Log Masuk Akaun eCCRIS Di eccris.bnm.gov.my Untuk Semak Laporan CCRIS

Laporan MyCTOS dan CCRIS memberi maklumat penting mengenai tahap kredit anda termasuk maklumat terperinci hutang, rekod pembayaran bagi kad kredit dan pinjaman, baki akaun dan had kredit, pertanyaan kredit, kes mahkamah kebankrapan dan sebagainya.

Laporan ini juga digunakan oleh pihak bank di Malaysia untuk menilai kelayakan kredit dan keupayaan pembayaran balik individu atau syarikat.

Bagi pengguna baharu, anda boleh mendaftar terus untuk eCCRIS secara online melalui laman web eCCRIS.

Cara Log Masuk Akaun eCCRIS Di eccris.bnm.gov.my Untuk Semak Laporan CCRIS

1. Anda perlu layari laman web eCCRIS di pautan https://eccris.bnm.gov.my/. Pada laman log masuk, isikan saja User ID anda. Jika anda terlupa User ID atau kata laluan, tekan pada Forgot User ID or Password. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

2. Kemudian, sahkan gambar dan frasa keselamatan seperti yang tertera ini adalah betul dengan menekan pada Yes.

3. Selepas itu, isikan pula kata laluan pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Login.

4. Seterusnya, anda akan menerima nombor OTP. Jadi isikan saja nombor OTP yang diterima ini pada ruangan yang disediakan untuk pengesahan. Sekiranya sudah selesai, tekan Verify.

5. Akhir sekali, akaun anda telah berjaya daftar masuk.

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, boleh terus hubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.

Cara Daftar Dan Menyertai Sebagai GoGetter Melalui Aplikasi
Cara Tuntut Dan Tebus Kredit eMADANI eTunai RM100 Di Touch n Go eWallet

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *