Cara Daftar Dan Menyertai Sebagai GoGetter Melalui Aplikasi

Bagi anda yang tengah mencari pekerjaan, boleh mendaftar dan menyertai sebagai GoGet dimana ia memberi anda fleksibeliti untuk dapatkan wang dengan melakukan pekerjaan dan memperoleh kemahiran baharu dengan menimba pengalaman berguna.

Cara Daftar Dan Menyertai Sebagai GoGetter Melalui Aplikasi

1. Selepas anda buka aplikasi GoGetter, pada laman log masuk ini, untuk mula mendaftar, tekan Be A GoGetter Now.

2. Kemudian, ia akan paparkan syarat-syarat dan kelayakan yang anda perlu penuhi untuk menjadi GoGetter. Jika anda mendapati telah memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan, tekan Get Started.

3. Pada laman ini, isikan saja butiran yang diminta seperti nama, alamat emel, nombor telefon dan kata laluan pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Create Account.

4. Seterusnya, isikan saja nombor kod pengesahan yang diterima pada ruangan yang disediakan.

5. Selepas itu, ia akan paparkan status akaun anda. Untuk meneruskan proses pengesahan sebagai Gogetter, tekan Continue.

6. Untuk menjadi GoGetter yang disahkan, pada laman ini, anda perlu lengkapkan borang pendaftaran seperti maklumat diri dan selepas itu, anda perlu lalui latihan GoGetter.

Setelah disahkan, anda mempunyai akses kepada pekerjaan di GoGet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Cara Guna Aplikasi RHB eQMS Untuk Dapatkan Nombor Giliran Dan Janji Temu Di Cawangan RHB Bank
Cara Log Masuk Akaun eCCRIS Di eccris.bnm.gov.my Untuk Semak Laporan CCRIS

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *