Cara Tukar Nombor Telefon Dalam Akaun Grab Driver Melalui Aplikasi

Sebagai pemandu Grab, sekiranya anda ingin menukar nombor telefon yang berdaftar dalam akaun Grab Driver, anda boleh menukar ke nombor telefon baru melalui aplikasi nya di telefon masing-masing.

Cara Tukar Nombor Telefon Dalam Akaun Grab Driver Melalui Aplikasi

1. Selepas anda buka aplikasi Grab Driver, tekan pada gambar Profile yang terletak di atas kanan.

2. Seterusnya, tekan pada butang Settings.

3. Kemudian, tekan pada Account.

4. Pada bahagian Account ini, tekan pada Phone Number.

5. Selepas itu, anda perlu padam nombor telefon lama dan isikan nombor baru pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Next.

6. Sekiranya anda menerima nombor OTP untuk pengesahan, ia akan masukkan nombor tersebut secara automatik.

7. Akhir sekali, nombor telefon anda berjaya ditukar. Jika anda tidak menerima nombor OTP ini, hanya perlu tunggu selama 30 saat untuk mohon nombor OTP baru.

Cara Edit WhatsApp Dan Tukar Mesej Yang Telah Dihantar Ke Rakan Atau Kumpulan
Cara Daftar eSmartLock Melalui Aplikasi l eLinkSmart Padlock

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *