Cara Tukar Kata Laluan App Eco-Shop Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa
Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun app Eco-Shop, anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password melalui aplikasi Ecp-Shop di telefon masing-masing.
Cara Tukar Kata Laluan App Eco-Shop Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa
1. Selepas anda buka aplikasi Eco-Shop, pada laman utama masuk ini, tekan pada Log In / Register.
2. Tekan Continue with Phone Number.
3. Kemudian, isikan saja nombor telefon yang berdaftar dengan akaun Eco-Shop anda pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Next.
4. Tekan Forgot Password untuk mula menukar ke kata laluan baru.
5. Pada bahagian ini, anda perlu isikan kata laluan baru pada ruangan yang disediakan. Pastikan kata laluan baru anda memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Eco-Shop.
6. Tekan Next.
7. Kemudian, isikan saja nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan. Tekan Verify untuk pengesahan.
8. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini. Selepas ini, anda boleh log masuk ke aplikasi Eco-Shop menggunakan kata laluan baru ini.