Cara Nyahaktif Fungsi Auto Reload Touch ‘n Go eWallet
Ikuti cara dibawah ini untuk nyahaktifkan fungsi ‘auto-reload’ atau tambah nilai secara automatik untuk Touch ‘n Go RFID atau baki eWallet anda dalam Touch ‘n Go eWallet.
Cara Nyahaktif Fungsi Auto Reload Atau Deactivate Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Secara Automatik
1. Selepas anda buka aplikasi TNG eWallet, pada laman utama ini, tekan pada Reload.
2. Kemudian, tekan pada eWallet Balance.
3. Pada laman ini, untuk mula nyahaktifkan fungsi tambah nilai baki TNG eWallet secara automatik, tekan Auto-Reload.
4. Selepas itu, tekan pada butang Deactivate ini untuk nyahtifkan fungsi Auto-Reload.
5. Seterusnya, tekan Deactivate untuk sahkan proses penyahaktifan Auto-Reload ini.
6. Akhir sekali, fungsi Auto-Reload telah dinyahaktifkan. Selepas ini, anda tidak perlu risau duit di dalam bank berkurangan disebabkan fungsi Auto-Reload TNG eWallet ini.
Jika anda berubah fikiran, boleh aktifkan fungsi Auto-Reload ini semula pada bila-bila masa.