Cara Guna Aplikasi RHB eQMS Untuk Dapatkan Nombor Giliran Dan Janji Temu Di Cawangan RHB Bank

RHB Bank memperkenalkan sistem nombor giliran dan janji temu bersepadu, RHB eQMS. Melalui aplikasinya, ia memudahkan anda untuk dapatkan nombor giliran dan janji temu dan boleh dilakukan secara imbasan kod QR untuk urusan di cawangan RHB Bank.

Cara Guna Aplikasi RHB eQMS Untuk Dapatkan Nombor Giliran Dan Janji Temu Di Cawangan RHB Bank

1. Selepas anda buka aplikasi RHB eQMS, pada laman utama ini, untuk terdapat beberapa cara untuk dapatkan nombor giliran atau janji temu. Salah satu caranya, anda tekan pada Queue Ticket/Appointment.

2. Kemudian, anda perlu pilih negeri dan cawangan bank.

3. Selepas itu, ia akan paparkan jenis servis yang ditawarkan seperti urusan pembukaan akaun, pengeluaran duit dan sebagainya. Dibawahnya, akan paparkan giliran menunggu bagi setiap urusan tersebut. Untuk dapatkan giliran menunggu terkini, anda boleh tekan pada butang diatas ini dan tekan Refresh.

4. Sebagai contoh, kami tekan pada Debit Card Renewal & Others. Disini, ia akan paparkan waktu giliran menunggu terkini. Anda juga diberi pilihan untuk membuat janji temu dengan menekan pada Appointment Ticket. Sebagai contoh, untuk dapatkan nombor giliran, kami tekan Queue Ticket.

5. Pada paparan ini, ia akan menunjukkan nombor giliran anda beserta kedudukan dan anggaran masa menunggu. Anda akan menerima notifikasi jika giliran anda semakin hampir. Sekiranya anda berubah fikiran dan ingin membatalkan giliran ini, tekan Cancel Ticket dan Yes.

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, boleh terus pergi ke kaunter khidmat pelanggan RHB Bank.

Cara Nyahaktif Fungsi Auto Reload Touch ‘n Go eWallet
Cara Daftar Dan Menyertai Sebagai GoGetter Melalui Aplikasi

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *