Cara Dapatkan Nombor Ahli EPF Melalui Aplikasi KWSP i-Akaun

Melalui aplikasi terbaru KWSP i-Akaun, anda boleh melihat baki caruman, jumlah caruman terkumpul, penyata KWSP, jumlah dividen dan sebagainya terus dari telefon anda tanpa perlu lagi pergi ke cawangan KWSP.

Cara Dapatkan Nombor Ahli EPF Melalui Aplikasi KWSP i-Akaun

1. Anda perlu log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun seperti biasa. Pada laman utama ini, tekan pada Profile yang terletak di penjuru kanan bawah.

2. Pada bahagian profile ini, dibawah nama anda, ia akan paparkan nombor keahlian akaun KWSP anda.

3. Jika anda ingin menyalin semula nombor ahli KWSP ini, tekan butang salin disebelahnya.

Selepas ini, anda boleh gunakan nombor ahli KWSP untuk tujuan pekerjaan, pinjaman dan sebagainya.

Sekiranya anda menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, terus hubungi khidmat pelanggan KWSP.

Cara Daftar eCCRIS Secara Online Untuk Dapatkan Laporan CCRIS Di eccris.bnm.gov.my
Cara Aktif Fungsi Auto Reload TNG Atau Tambah Nilai Baki Touch ‘n Go eWallet Secara Automatik

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *