Cara Daftar eCCRIS Secara Online Untuk Dapatkan Laporan CCRIS Di eccris.bnm.gov.my

Laporan MyCTOS dan CCRIS memberi maklumat penting mengenai tahap kredit anda termasuk maklumat terperinci hutang, rekod pembayaran bagi kad kredit dan pinjaman, baki akaun dan had kredit, pertanyaan kredit, kes mahkamah kebankrapan dan sebagainya.

Laporan ini juga digunakan oleh pihak bank di Malaysia untuk menilai kelayakan kredit dan keupayaan pembayaran balik individu atau syarikat.

Bagi pengguna baharu individu Malaysia, kini anda boleh mendaftar terus untuk eCCRIS tanpa perlu pergi ke pejabat Bank Negara Malaysia atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Cara Daftar eCCRIS Secara Online Di eccris.bnm.gov.my

1. Anda perlu layari laman web eCCRIS di pautan https://eccris.bnm.gov.my/.

2. Pada laman log masuk ini, untuk mula mendaftar, tekan Register Now.

3. Untuk mendaftar eCCRIS, anda perlu membuat pemindahan dalam talian RM1 ke akaun BNM yang ditetapkan melalui perbankan internet, dengan RM1 dipulangkan secara automatik dalam masa dua hari bekerja selepas pendaftaran. Langkah ini membolehkan identiti individu disahkan secara digital, menghilangkan keperluan untuk pengesahan fizikal.

4. Jika bersetuju, tekan pada kotak Yes, I understand. Untuk meneruskan proses pendaftaran, tekan Proceed.

5. Kemudian, lengkapkan butiran yang diminta seperti nama, alamat emel, nombor MyKad, tarikh lahir dan pengesahan gambar. Jika sudah selesai, tekan Submit.

6. Selepas itu, tekan pada kotak persetujuan jika anda terima dengan terma dan syarat dari eCCRIS. Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.

7. Seterusnya, anda perlu memilih kaedah bayaran ini dan lengkapkan saja proses tersebut sehingga selesai. Untuk meneruskan proses pendaftaran, tekan Proceed To eCCRiS.

8. Anda dikehendaki untuk log masuk kali pertama dengan menekan pada Proceed to First Time Login.

9. Pada laman ini, anda perlu isi nombor PIN yang diterima pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Submit.

10. Kemudian, anda dikehendaki untuk mencipta User ID dan kata laluan. Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.

11. Seterusnya, anda perlu memilih gambar keselamatan dan menjawab beberapa soalan pilihan untuk tujuan keselamatan akaun. Jika sudah selesai, tekan Submit.

12. Akhir sekali, akaun anda telah berjaya diaktfikan. Untuk terus log masuk, tekan Back to Home.

Mengikut pengalaman kami, proses pendaftaran ini mengambil masa kurang dari 5 minit saja.

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, boleh terus hubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.

Cara Padam Dan Buang Ciri Tabung MAE by Maybank2u
Cara Dapatkan Nombor Ahli EPF Melalui Aplikasi KWSP i-Akaun

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *