Cara Daftar Akaun Pengguna SPA9 Untuk Mohon Dan Semak Permohonan Kerja Dengan Kerajaan Di Sistem SPA
SPA telah menambah baik Sistem Pendaftaran Pekerjaan yang dikenali sebagai SPA9 dengan memberi padanan pekerjaan bagi mengenal pasti jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda.
Antara kelebihan SPA9 seperti anda boleh membuat pengesahan, kemas kini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan.
Cara Daftar Akaun Pengguna SPA9 Untuk Mohon Dan Semak Permohonan Kerja Dengan Kerajaan
1. Anda perlu layari portal SPA di pautan https://spa9.spa.gov.my/login.
2. Pada laman log masuk ini, untuk mula mendaftar, tekan Pendaftaran Pengguna.
3. Kemudian, lengkapkan saja butiran yang diminta seperti nombor kad pengenalan, nama, nombor telefon, alamat emel, menjawab soalan keselamatan, tempat kelahiran dan kata laluan.
4. Seterusnya, anda perlu isikan kod keselamatan seperti yang tertera di ruangan bawahnya.
5. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari SPA.
6. Tekan Daftar.
7. Akhir sekali, ia akan paparkan status pendaftaran akaun ini.
8. Untuk terus log masuk, tekan Log Masuk.