Cara Daftar Akaun Pengguna MyJalan KKR Untuk Membuat Aduan Kerosakan Jalan

Aplikasi MyJalan KKR adalah salah satu inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan. Aplikasi ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kerosakan jalan.

Cara Daftar Akaun Pengguna MyJalan KKR Untuk Membuat Aduan Korasakan Jalan

1. Pada laman log masuk ini, untuk mula mendaftar akaun pengguna, tekan Daftar sekarang.

2. Seterusnya, lengkapkan saja butiran yang diminta seperti nama, alamat emel, nombor kad pengenalan dan kata laluan pada ruangan yang disediakan. Selepas itu, tekan Daftar.

3. Kemudian anda perlu semak dalam peti masuk emel dari aplikasi ini untuk pengaktifan akaun. Dalam emel ini, tekan pada Klik untuk sahkan bagi pengesahan pendaftaran.

4. Akhir sekali, akaun anda telah berjaya diaktifkan. Selepas ini, anda boleh log masuk untuk membuat aduan kerosakan jalan.

Cara Daftar eSmartLock Melalui Aplikasi l eLinkSmart Padlock
Cara Buat Tabung Dan Simpan Duit Dengan Menabung Dalam Aplikasi MAE by Maybank2u

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *