Cara Buat Tabung Dan Simpan Duit Dengan Menabung Dalam Aplikasi MAE by Maybank2u

Tabung adalah salah satu ciri dari aplikasi MAE yang dapat membantu anda menyimpan duit secara konsisten dan berkala bagi mencapai matlamat seperti menabung dana kecemasan, untuk kegunaan melancong dan sebagainya.

Cara Buat Tabung Dan Simpan Duit Dengan Menabung Dalam Aplikasi MAE by Maybank2u

1. Pada laman utama ini, tekan pada Tabung untuk mula mencipta tabung.

2. Seterusnya, tekan Create Tabung.

3. Dan pilihlah kategori yang bersesuaian dengan jenis tabung ini. Tekan saja pada Others untuk tujuan lain.

4. Selepas itu, namakan Tabung ini. Dan tekan Continue.

5. Kemudian, isikan saja jumlah atau sasaran simpanan tabung ini. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

6. Seterusnya, anda perlu pilih tarikh bagi permulaan simpanan tabung ini. Jika sudah selesai, tekan Continue.

7. Selepas itu, anda perlu pilih tarikh akhir atau waktu tamat tabungan ini. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.

8. Pada laman ini, sahkan maklumat seperti yang tertera ini adalah betul. Dibawahnya pula, anda perlu pilih jenis akaun untuk dipautkan dengan simpanan duit tabungan ini.

9. Jika sudah selesai, tekan Continue.

10. Untuk pengesahan Tabung ini, tekan Create Tabung.

11. Dan tekan Approve.

12. Akhir sekali, ia akan paparkan status Tabung ini.

Cara Daftar Akaun Pengguna MyJalan KKR Untuk Membuat Aduan Kerosakan Jalan
Cara Padam Dan Buang Ciri Tabung MAE by Maybank2u

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *