Cara Aktif Fungsi Auto Reload TNG Atau Tambah Nilai Baki Touch ‘n Go eWallet Secara Automatik
Ikuti cara dibawah ini untuk aktifkan fungsi ‘auto-reload’ atau tambah nilai secara automatik untuk Touch ‘n Go RFID atau baki eWallet anda dalam Touch ‘n Go eWallet dan pautkannya ke kad kredit atau debit anda supaya anda tidak perlu risau kekurangan baki semasa membuat bayaran.
Cara Aktif Fungsi Auto Reload Atau Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Secara Automatik
1. Selepas anda buka aplikasi TNG eWallet, pada laman utama ini, tekan pada Reload.
2. Kemudian, tekan pada eWallet Balance.
3. Pada laman ini, untuk mula aktifkan fungsi tambah nilai baki TNG eWallet secara automatik, tekan Auto-Reload.
4. Selepas itu, lengkapkan saja butiran yang diminta seperti jumlah ambang baki eWallet dan jumlah tambah nilai automatik yang akan dilakukan.
5. Jika anda belum menambah atau pautkan kad bank dengan aplikasi ini, tekan pada Auto-reload with.
6. Seterusnya, tekan New Credit/Debit Card.
7. Atau pilih saja kad yang pernah dipautkan sebelum ini. Jika sudah selesai, tekan Save.
8. Isikan saja nombor OTP yang diterima untuk pengesahan.
9. Akhir sekali, fungsi Auto-Reload telah diaktifkan. Selepas ini, anda tidak perlu risau lagi kekurangan baki semasa membuat bayaran.