Cara Daftar Akaun ID CTOS Melalui App Untuk Semak Laporan Kredit MyCTOS I Check Credit Score Report
CTOS ialah salah satu Agensi Pelaporan Kredit yang terkemuka di Malaysia. Ia adalah agensi milik persendirian yang mengarkibkan keseluruhan sejarah kredit individu atau syarikat.
Laporan MyCTOS dengan CCRIS memberi maklumat penting mengenai kesihatan kredit anda termasuk maklumat terperinci hutang, rekod pembayaran bagi kad kredit dan pinjaman, baki akaun dan had kredit, pertanyaan kredit, kes mahkamah kebankrapan dan sebagainya.
Laporan ini juga digunakan oleh pihak bank di Malaysia untuk menilai kelayakan kredit dan keupayaan pembayaran balik individu atau syarikat.
Cara Daftar Akaun ID CTOS Melalui aplikasinya
1. Selepas anda buka aplikasi CTOS, pada laman log masuk ini, untuk mula mendaftar, tekan Sign Up.
2. Isikan butiran yang diminta seperti nama, nombor MyKad, emel, pilihan bahasa dan nombor telefon pada ruangan yang disediakan.
3. Tekan Request Verification Code.
4. Isikan kod verifikasi yang diterima pada ruangan yang disediakan.
5. Dibawahnya, tandakan pada bulatan ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari CTOS.
6. Tekan Next.
7. Sahkan maklumat seperti yang dipaparkan ini adalah betul dengan menekan pada Yes, confirm.
8. Lengkapkan butiran alamat anda pada ruangan yang disediakan.
9. Tekan Next.
10. Anda dikehendaki untuk muat naik dokumen pengesahan identiti seperti gambar MyKad dan video selfie dengan menekan pada Next dan lengkapkan saja proses ini sehingga selesai.
11. Akhir sekali, sahkan sekali lagi maklumat seperti yang tertera ini adalah betul dan tepat dengan menekan pada Submit.