Cara Daftar Rize Malaysia MY I Buka Akaun Al Rajhi Digital Bank Melalui App
Rize Malaysia merupakan sebuah digital bank dalam bentuk aplikasi dari Al Rajhi Bank yang menawarkan kepada anda pelbagai jenis perkhidmatan seperti pindahan duit secara kod QR, simpanan wang dan sebagainya. Anda boleh lakukan pembukaan akaun secara online melalui aplikasinya.
Cara Daftar Akaun Rize Malaysia Melalui Aplikasi Rize MY
1. Selepas anda buka aplikasi Rize Malaysia, pada laman log masuk ini, untuk mula mendaftar tekan Sign up now.
2. Pastikan anda telah memenuhi syarat kelayakan untuk buka akaun Rize. Untuk melihat syarat kelayakan tersebut, tekan saja Am I eligible.
3. Jika anda layak, tekan Sign up now.
4. Kemudian, untuk meneruskan proses pendaftaran ini, tekan Sign up now.
5. Pada bahagian ini, pastikan anda telah memahami segala terma dan syarat dari aplikasi Rize dengan menekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma tersebut.
6. Sekiranya sudah selesai, tekan Confirm.
7. Selepas itu, tanda pada kotak ini sebagai tanda anda telah memenuhi syarat kelayakan pembukaan akaun ini.
8. Jika sudah selesai, tekan Yes, I’m eligible.
9. Kemudian, isikan saja nama panggilan untuk aplikasi ini pada ruangan yang disediakan.
10. Sekiranya sudah selesai, tekan Confirm.
11. Seterusnya, isikan nombor telefon anda pada ruangan yang disediakan.
12. Jika sudah selesai, tekan Confirm.
13. Selepas itu, isikan saja nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan untuk pengesahan.
14. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
15. Untuk meneruskan proses pendaftaran ini, tekan Let’s continue.
16. Anda dikehendaki untuk mengambil gambar MyKad depan dan belakang serta swafoto diri dengan menekan pada Let’s do it dan lengkapkan saja proses ini sehingga selesai.
17. Untuk meneruskan proses pembukaan akaun ini, tekan Let’s continue.
18. Lengkapkan saja butiran yang diminta seperti alamat emel, status dan bangsa. Jika sudah selesai, tekan Confirm.
19. Kemudian, isikan saja maklumat yang diminta seperti jenis pekerjaan, nama majikan, bidang pekerjaan dan purata pendapatan. Sekiranya sudah selesai, tekan Confirm.
20. Selepas itu, anda perlu tekan pada kotak disebelahnya bagaimana anda ingin gunakan Rize ini.
21. Jika sudah selesai, tekan Confirm.
22. Sahkan maklumat seperti yang tertera ini adalah betul seperti alamat emel dan maklumat pekerjaan dengan menekan Submit.
23. Pada laman ini, tekan Create my account.
24. Daftarkan nama pengguna akaun Rize anda pada ruangan yang disediakan.
25. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
26. Selepas itu, daftarkan pula kata keselamatan anda pada ruangan yang disediakan.
27. Jika sudah selesai, tekan Next.
28. Anda dikehendaki untuk mencipta kata laluan akaun Rize ini. Diingatkan, kata laluan ini perlulah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
29. Untuk aktifkan fungsi biometrik, tekan Enable.
30. Dan untuk menerima maklumat pengiklanan dari Rize, tekan butang On disebelahnya. Jika sudah selesai, tekan Confirm.
31. Untuk mendaftar alamat bagi menerima sebarang pengeposan dari pihak Rize, anda boleh guna alamat sama seperti dalam MyKad dengan menekan pada kotak ini.
32. Sekiranya sudah selesai, tekan Confirm.
33. Akhir sekali, ia akan paparkan status pendaftaran akaun anda. Mengikut pengalaman kami, pengesahan ini hanya mengambil masa dalam beberapa jam saja.
Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan, boleh hubungi pihak Rize MY.