Cara Daftar Akaun Tumpang Delivery Melalui Aplikasi Untuk Order Servis Penghantaran Barangan
Tumpang Delivery merupakan sebuah aplikasi pengangkutan berasaskan atas permintaan yang dipadankan dengan keperluan penghantaran anda dengan rangkaian pengangkut dari Tumpang ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Cara untuk mendaftar akaun Tumpang Delivery sebagai pengguna baru melalui aplikasinya
1. Selepas anda buka aplikasi Tumpang Delivery, pada laman log masuk ini, untuk mula mendaftar, tekan Register.
2. Kemudian, masukkan saja nombor telefon pada ruangan yang disediakan. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tandad persetujuan dengan terma dan syarat dari Tumpang.
3. Jika sudah selesai, tekan Register.
4. Seterusnya, isikan saja kod pengesahan yang diterima pada ruangan disediakan.
5. Sekiranya sudah selesai, tekan Verify.
6. Pada laman ini, lengkapkan butiran yang diminta seperti nama, alamat emel dan kata laluan.
7. Jika sudah selesai, tekan Save.
8. Akhir sekali, akaun anda telah didaftarkan.
Secara ringkasnya, selepas pendaftaran, anda masukkan permintaan pengangkutan atau penghantaran tersebut dan tangkap gambar barang yang ingin dihantar dimana panduan akan disediakan.
Selepas itu, berdasarkan lokasi penghantaran yang anda minta, rakan pengangkut Tumpang yang terpilih akan terus menghantar sebut harga kepada anda.
Kemudian, pilih pengangkut pilihan anda dan teruskan ke bahagian pembayaran.
Akhir sekali, anda perlu bersedia untuk menghantar barang tersebut dari rakan pengangkut Tumpang.