Cara Cari Arah Kiblat Dengan Tepat Guna App MyKiblat Dan Semak Waktu Solat

JUPEM memperkenalkan aplikasi terbaru mereka, MyKiblat bagi memudahkan anda untuk mencari arah kiblat menggunakan teknologi AR atau Augmented Reality. Aplikasi ini juga turut menyediakan paparan waktu solat.

Cara mudah untuk mencari arah kiblat menggunakan teknologi AR dari aplikasi MyKiblat

1. Selepas anda buka aplikasi MyKiblat, pastikan anda telah terlebih dahulu membenarkan akses kamera, GPS dan sebagainya dengan aplikasi ini.

2. Pada laman utama ini, jika anda tekan pada AR, di paparan skrin akan memaparkan kompas berserta arah kiblat tersebut. Anda hanya perlu halakan kamera telefon ke arah kiblat tersebut. Sebagai contoh, kedudukan arah kiblat pada kedudukan semasa kami adalah lebih kurang 292 darjah.

3. Jika anda tekan pada Peta, ia akan paparkan kedudukan kita dalam peta dan arah kiblatnya. Dibawahnya juga akan paparkan waktu solat.

Nasihat kami, pastikan anda telah memberi akses GPS terhadap aplikasi ini untuk memastikan kedudukan dan arah kiblat serta waktu solat adalah tepat mengikut lokasi terkini anda.

Cara Daftar Akaun Tumpang Delivery Melalui Aplikasi Untuk Order Servis Penghantaran Barangan
Cara Daftar Akaun ID CTOS Melalui App Untuk Semak Laporan Kredit MyCTOS I Check Credit Score Report

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *