Cara Beli Dana Dan Tambah Duit Pelaburan ASB Di Touch n Go eWallet I GoInvest ASNB TNG eWallet

Kini anda boleh melabur dengan mudah dalam unit amanah ASNB melalui GOinvest dari aplikasi Touch n Go eWallet tanpa perlu pergi ke cawangan. Selain itu, anda juga boleh menyemak jumlah terkini pelaburan atau membuat pelaburan baru pada bila-bila masa.

Cara Beli Dana dan Tambah Duit Pelaburan ASB Anda Melalui Aplikasi TNG eWallet

1. Selepas anda buka aplikasi TNG eWallet, pada laman utama ini, tekan pada GOinvest atau ASNB.

2. Pada laman ini, ia akan paparkan akaun ASNB anda. Untuk mula melabur, terdapat beberapa cara. Salah satunya, anda boleh tekan terus pada butang Invest.

3. Kemudian, ia akan senaraikan jenis dana pelaburan anda. Sebagai contoh, untuk beli dana ASB, kami tekan pada Amanah Saham Bumiputera.

4. Seterusnya, isikan saja amaun pelaburan tersebut pada ruangan yang disediakan. Amaun pelaburan ini bergantung pada jumlah baki dompet TNG eWallet anda.

5. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari ASNB.

6. Tekan Continue.

7. Sahkan maklumat yang tertera ini adalah betul seperti nama dan jumlah pembelian dana tersebut dengan menekan pada Confirm.

8. Isikan nombor PIN TNG eWallet anda untuk meneruskan transaksi ini.

9. Akhir sekali, ia akan paparkan status pembelian dana tersebut.

Cara Akses Akaun ASNB Di Touch ‘n Go eWallet I Aktif Dan Pautkan Akaun ASB Dengan TNG eWallet Anda
Cara Daftar App CaltexGO Caltex Rewards

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *