Cara Akses Akaun ASNB Di Touch ‘n Go eWallet I Aktif Dan Pautkan Akaun ASB Dengan TNG eWallet Anda

Anda kini boleh melabur dengan mudah dalam unit amanah ASNB melalui GOinvest dari aplikasi Touch n Go eWallet tanpa perlu pergi ke cawangan. Selain itu, anda juga boleh menyemak jumlah terkini pelaburan atau membuat pelaburan baru pada bila-bila masa.

Cara Mengakses Akaun ASNB Anda Melalui Aplikasi TNG eWallet

1. Selepas anda buka aplikasi TNG eWallet, pada laman utama ini, tekan pada GOinvest atau ASNB.

2. Seterusnya, tekan Start Now.

3. Jika anda telah sahkan akaun TNG eWallet ini dengan MyKad, ia akan terus lengkapkan butiran akaun ASNB anda seperti nombor kad pengenalan sebagai User ID.

4. Kemudian, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari ASNB.

5. Jika sudah selesai, tekan Proceed.

6. Akhir sekali, ia akan paparkan maklumat akaun ASNB anda seperti jumlah aset pelaburan dan sebagainya.

Cara Semak Kelayakan Bantuan RM300 Subsidi Tiket Penerbangan Untuk Pelajar FLYsiswa
Cara Beli Dana Dan Tambah Duit Pelaburan ASB Di Touch n Go eWallet I GoInvest ASNB TNG eWallet

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *