Cara Tambah Tanggungan Di MySejahtera Untuk Tempahan Janji Temu Di Klinik Kesihatan KKM
Sistem janji temu melalui aplikasi MySejahtera membolehkan anda untuk untuk membuat tempahan janji temu bagi perkhidmatan di fasiliti Kementerian Kesihatan seperti rawatan pesakit luar, inisiatif saringan kesihatan kebangsaan, saringan kesihatan PeKa B40, pemeriksaan kesihatan prapekerjaan, saringan praperkahwinan, khidmat berhenti merokok, perkhidmatan perancang keluarga dan prosedur lain.
Tanggungan anda juga boleh menjalani saringan kesihatan menggunakan akaun tanggungan MySejahtera anda.
Cara Tambah Tanggungan Menggunakan Akaun MySejahtera Anda
1. Selepas anda buka aplikasi MySejahtera, pada laman utama ini, terdapat beberapa cara untuk menambah tanggungan dan salah satu caranya, anda tekan terus pada Tambah Tanggungan.
2. Kemudian, tekan butang Tambah Tanggungan yang terletak dibawah.
3. Pada laman ini, lengkapkan saja butiran tanggungan anda seperti nama, hubungan, jantina, kewarganegaraan, tarik lahir dan alamat pada ruangan yang disediakan.
4. Jika sudah selesai, tekan butang Simpan.
5. Akhir sekali, maklumat tanggungan anda telah berjaya disimpan.