Cara Tukar Kata Laluan Raiz Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun Raiz, anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password melalui aplikasi Raiz di telefon masing-masing.

1. Pada laman log masuk ini, tekan pada Forgot your password untuk mula menukar ke kata laluan baru.

2. Seterusnya, isikan saja alamat emel yang berdaftar dengan Raiz pada ruangan yang disediakan.

3. Sekiranya sudah selesai, tekan Recover Login Details.

4. Kemudian, anda perlu pergi ke emel. Dalam emel ini, tekan pada pautan ini Click here to change your password untuk meneruskan proses penukaran kata laluan baru.

5. Selepas itu, anda perlu isikan kata laluan baru pada ruangan yang disediakan. Pastikan kata laluan baru anda memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Raiz.

6. Dibawahnya pula, anda perlu jawab soalan sekuriti seperti yang dipaparkan pada ruangan yang disediakan.

7. Jika sudah selesai, tekan Reset password.

8. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini.

Selepas ini, anda boleh log masuk ke aplikasi Raiz menggunakan kata laluan baru ini untuk membuat pelaburan baru, pengeluaran dana dan sebagainya.

Cara Perbaharui Dan Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui Portal mySIKAP Guna Telefon
Cara Tambah Nilai Kredit Prepaid Melalui Aplikasi GO by Bank Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *